KAMPUNG KU UMBAI PANTAI

LAGU KAMPUNG KU UMBAI







KAMPONG KU UMBAI

Kisah impian Kampung ku Umbai
Megah harmoni aman dan damai
Berganding bahu bantu membantu
Teguh hati sepakat berpadu

Desa bistari kampung ku Umbai
Lahir pemimpin bijak dan pandai
Setia berkhidmat pacu pembangunan
Terus maju langkah berwawasan

Desa bertuah kampung ku Umbai
Cantik bersih indah sekali
Ada ternakan dan juga perusahaan
Tingkat ekonomi jana pendapatan

Reff

Kampung ku Umbai desa gemilang
Sudah terkenal nama dijulang
Berdaya maju bersinar cemerlang
Tegoh berpadu desa terbilang.....

Desa ku indah Kampung ku Umbai
Menggamit pelancong datang beramai
Hasil lautan menjadi pilihan
Ikan bakar juadah menyelera

Desa bersejarah kampung ku Umbai
Berbudaya dan menjaga warisan
Hormat menghormati menjadi amalan
Bersyukur dengan anugerah tuhan

No comments:

Post a Comment

About Us

Tujuan blog ini dibuat adalah untuk komuniti kampung umbai tahu tentang apa yang berlaku di dalam kampung ini. Dan bagi pelawat pelawat luar datang ke kampung ini yang terdapatnya tempat tempat menarik.

Recent

recentposts

Pembentangan Anugerah Desa Perdana 2017 pada 19/4/2017. Alhamdullilah